Perayaan Kumpul Hasil
Perayaan Kumpul Hasil

Perayaan Kumpul Hasil

Sukkot (daripada bahasa Ibrani: סוכות atau סֻכּוֹת Sukkot) atau Perayaan Pengumpulan Hasil[1] antara perayaan utama umat Yahudi selain Shavuot dan Pesakh.[2] Ia diceritakan dalam kitab Taurat memanjatkan rasa syukur bagi hasil tuaian di tanah Israel selama tujuh hari bermula pada bulan purnama malam 15 Tisyri menurut takwim Yahudi antara bulan September dan Oktober dalam takwim Gregorius kini.[3][4] Perayaan ini menumpu kepada pembinaan sebuah pondok sukkah yang khas.[4] Pada masa perayaan ini, umat Yahudi berziarah ke Bait Allah di Yerusalem sambil membawa persembahan.[2]Setiap keluarga Yahudi membina sebuah pondok berdinding tiga dan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada pelepah kelapa dan dedaun pokok tertentu. [3] Pondok-pondok tersebut disiapkan untuk menyambut tujuh tetamu utama dipercayai iaitu Avram/Ibrahim, Yitzhak/Ishak, Ya'aqov/Yakub, Moshe/Musa, Aharon/Harun, Yosef/Yusuf, dan Dawid/Daud yang dipercayai akan datang ke pondok yang dibuat itu selama perayaan tersebut berlangsung.[3]Kaum Samaria mempunyai cara yang sedikit berbeza dalam merayakan hari raya ini. Mereka membina sukkah di dalam rumah mereka. [5] Selain itu, sukkah yang mereka bangun tidak mempunyai dinding, melainkan hanya bumbung tempat menggantung buah-buahan. [5]